Salam..
Kini kita semua mempunyai ruang dan peluang untuk menambah pendapatan. Cuma sebagai orang Islam kita perlu memastikan tiada unsur haram di dalamnya. Begitu juga kita dituntut sentiasa menuntut ilmu sama ilmu dunia atau ilmu akhirat. Rebutlah peluang kita masih hidup untuk menambah ilmu dan menjana pendapatan secara halal. Tepuk dada tanya akal. Pilihan di tangan kita. Setiap detik yang berlalu terus meninggalkan kita. Tiada apa yang dapat menahannya atau menarik kembali. Usia kita makin meningkat. Kita semakin dekat untuk kembali kepadaNya. Mudah-mudahan segala amalan dan ibadah kita selama ini diterima olehNya. Insya Allah...Amin..
Salam persaudaraan...
Assalamualaikum..... 2020 kini kau telah datang jua walau apapun coretan lalu mewarnai kehidupan insan di dunia ini. Hampir 5 tahun insan tersayang meninggalkan aku di sini. Aku Pasrah walaupun rindu tetap menebal di lubuk hati ku. Keluargaku adalah segala-galanya. Buat isteri tersayang terima kasih kerana sentiasa memahami. Semoga 2020 akan tercoret garapan yang lebih bahagia buat kita sekeluarga. Insya Allah. Namun hidup mesti diteruskan..Buat anak-anakku, kalian semua juga pencetus semangat ku dikala ini....
Tuesday, December 14, 2010
Monday, November 15, 2010
Tahun Akhir Aisyah di TGI & Birthday Husna 2010
Tuesday, November 9, 2010
Monday, November 1, 2010
Anak2 ku..
Anak2 aku semakin meningkat besar bermakna aku juga semakin meniti usia. Semoga kalian akan menjadi anak2 yang solehah dan menjadi warga yang berguna. Andai suatu hari nanti ayahmu telah tiada di dunia ini dikala kamu mengecapi nikmat kehidupan yang penuh dengan pancaroba kehidupan...jadikan agama sebagai pedoman. Insya Allah .. hidup berlandaskan agama pasti mendapat keberkatan. Insya Allah....
Buah Markisa...
Tuesday, September 21, 2010
Sepetang bersama anak2...
Monday, September 20, 2010
Memori Di Aidilfitri 2010
Alhamdulillah tahun ini Allah memberi kesempatan kepada kita semua menyambut ketibaan bulan Syawal. Terima kasih kepada sanak keluarga di Johor dan Penang.Walaupun dalam suasana kesibukan di jalan raya ,namun dapat juga beraya dengan meriah di Johor dan Penang. Memori indah bersama keluarga akan terpahat di sanubari ini.
Terima kasih kepada anak-anak dan isteri tersayang. Kalianlah sumber inspirasi hidup ini. Segala keindahan hidup bersama akan menjadi kenangan yang abadi. Terima kasih tak terhingga kepada isteri tercinta kerana sentiasa bersama. I love you all..
Tuesday, August 31, 2010
3 Beradik di bulan Ogos/Ramadhan 2010
Monday, August 16, 2010
Jom ke Balik Pulau 2010
Mencuba baju raya...
Sunday, July 4, 2010
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)