Salam..
Kini kita semua mempunyai ruang dan peluang untuk menambah pendapatan. Cuma sebagai orang Islam kita perlu memastikan tiada unsur haram di dalamnya. Begitu juga kita dituntut sentiasa menuntut ilmu sama ilmu dunia atau ilmu akhirat. Rebutlah peluang kita masih hidup untuk menambah ilmu dan menjana pendapatan secara halal. Tepuk dada tanya akal. Pilihan di tangan kita. Setiap detik yang berlalu terus meninggalkan kita. Tiada apa yang dapat menahannya atau menarik kembali. Usia kita makin meningkat. Kita semakin dekat untuk kembali kepadaNya. Mudah-mudahan segala amalan dan ibadah kita selama ini diterima olehNya. Insya Allah...Amin..
Salam persaudaraan...
Assalamualaikum..... 2020 kini kau telah datang jua walau apapun coretan lalu mewarnai kehidupan insan di dunia ini. Hampir 5 tahun insan tersayang meninggalkan aku di sini. Aku Pasrah walaupun rindu tetap menebal di lubuk hati ku. Keluargaku adalah segala-galanya. Buat isteri tersayang terima kasih kerana sentiasa memahami. Semoga 2020 akan tercoret garapan yang lebih bahagia buat kita sekeluarga. Insya Allah. Namun hidup mesti diteruskan..Buat anak-anakku, kalian semua juga pencetus semangat ku dikala ini....
Tuesday, December 14, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)