Salam persaudaraan...
Assalamualaikum..... 2020 kini kau telah datang jua walau apapun coretan lalu mewarnai kehidupan insan di dunia ini. Hampir 5 tahun insan tersayang meninggalkan aku di sini. Aku Pasrah walaupun rindu tetap menebal di lubuk hati ku. Keluargaku adalah segala-galanya. Buat isteri tersayang terima kasih kerana sentiasa memahami. Semoga 2020 akan tercoret garapan yang lebih bahagia buat kita sekeluarga. Insya Allah. Namun hidup mesti diteruskan..Buat anak-anakku, kalian semua juga pencetus semangat ku dikala ini....
Sunday, March 23, 2014
Tanggal 25 Februari 2014, peristiwa paling sedih dalam hidup aku. Kembalinya ibu tersayang ke sisi Allah amat memberi kesan dalam hidup ini. Dunia kurasa gelap semntara, hampir sebahagian semangat hidupku turut pergi. Seolah-olah tiada apa lagi yang lebih bermakna dalam hidupku kini. Ya Allah, Kau tempatkanlah ibuku bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Lapangkanlah kuburnya, berikanlah ketenangan kepada dia di sana. Ibu... sekalung doa kukirimkan untukmu. Akan kukenang segala pengorbananmu membesarkan dan mendidik kami adik-beradik selama ini. Segala kasih sayangmu tiada bandingan lagi. Ibu, segala nasihat dan tunjuk ajar yang pernah kau berikan kepadaku tidak mungkin aku lupakan sehingga akhir hayatku. Ibu, Insya Allah suatu hari nanti pasti kita bertemu di syurga. Aku amat merindui senyuman dan tawamu. Entah bila dapat kusisihkan kesedihan ini. Ibu, kau pergi begitu cepat sekali. Belum puas aku bersamamu dan membalas jasamu yang amat besar sekali. Setiap saat aku terbayang wajahmu yang sentiasa mengambil tentang kami semua walaupun kadang kala dirimu sendiri dalam kesedihan. Ibu, setiap masa tak akan kulupakan menghulurkan doa untukmu. Hanya doa dan amal baik sahaja yang dapat kami hulurkan untukmu. Ibu, anakmu sentiasa mengingatimu. aku sedar kini tiada lagi tempat untuk aku berkongsi kesedihan dan kegembiraan dalam melunsuri kehidupan kini. Namun,sekujur tubuhmu yang kaku dengan wajah yang paling berseri dan tenang ketika kau meninggalkan kami sungguh sentiasa kekal dalam ingatan kami semua. Semoga keikhlasan kau selama ini mendapat balasan yang baik dari Allah SWT ,Insya Allah. Sesungguhnya kaulah IBU yang paling aku sanjungi dan amat aku sayangi di dunia dan akhirat. Aku sentiasa merinduimu selamanya. hanya kau memahami aku selama ini.... IBU semoga kau tenang di sana................Ya, Allah semoga Kau perkenankanlah doa ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment