Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Salam persaudaraan...

Assalamualaikum..... 2020 kini kau telah datang jua walau apapun coretan lalu mewarnai kehidupan insan di dunia ini. Hampir 5 tahun insan tersayang meninggalkan aku di sini. Aku Pasrah walaupun rindu tetap menebal di lubuk hati ku. Keluargaku adalah segala-galanya. Buat isteri tersayang terima kasih kerana sentiasa memahami. Semoga 2020 akan tercoret garapan yang lebih bahagia buat kita sekeluarga. Insya Allah. Namun hidup mesti diteruskan..Buat anak-anakku, kalian semua juga pencetus semangat ku dikala ini....

Monday, January 25, 2016

Masjid Terapung Tanjung Bunga

Hari ini 25 Januari 2016, berjumpa dengan anak murid yang hampir 21 tahun lalu ketika aku mengajar di SK (F) Bukit Permai, Johor. Tak sangka juga, dia bersama suami dan seorang anak berusia 2 tahun. Dia bercuti di Pulau Pinang. So, dia call aku nak jumpa. Aku, anak-anak dan isteri berjumpa di TESCO Tanjung Bunga cuma beebrapa minit sebab aku terpaksa bergegas pulang untuk menghantar anak sulungku ke asrama. Sebelum tu, singgah solat zohor di masjid yang agak cantik dan menjadi tumpuan pelancong. Masjid Terapung Tanjung Bunga memang cantik. Dibina di tepi pantai dan berhampiran tempat nelayan mendarat. Memang menarik!!




















Bekas anak murid bersama suami dan anak..

Sunday, January 24, 2016

Tahniah Nur Irdina Aisyah

Tahniah Aisyah... berita gembira pada 22 Januri 2016. Berjaya mendapat 8A dalam UPKK. Tahniah Alhadulillah.. Syukur pada Allah kerana memberi kejayaan ini. Semoga hari ini menjadi titik tolak untuk Aisyah terus berjaya.. Terima kasih juga kepada kakak (Athirah), Husna, Qisya kerana sentiasa mendoakan kejayaan ini...


Tuesday, January 12, 2016

Aktiviti Nyanyian





Qisya mula bersekolah

Qisya dah mula ke sekolah pada 4 Januari 2016 di Tadika KEMAS. Tempat yang paling mudah untuk urusan pergi dan balik. Minggu pertama Qisya nampak sungguh bersemangat.Tapi bila masuk minggu kedua macam ada masalah. Nangis pula tak hendak ke sekolah.Tak best katanya. Mungkin ada faktor lain (Ngatuk ke, tengok kawan nangis ke..atau rindu...ke)... gelagat yang pasti menjadi sejarah... Moga Nur Qisya Azzulfa akan menjadi insan yang terdidik.Insya Allah.
















Melaka Bandar Bersejarah

Mandi-manda di Kolam Taman Belia

TGI Konvokesyen 2009

KeNaNgAn Di MaSjId BeSi PuTrAjAyA

Birthday 2009

Birthday 2009

Birthday 2009

Kenangan di Johor 2009

Rilek kejap

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Pandainya dia nyanyi...

Kenangan bersama kekal hingga ke akhir hayat

kiriman anda :

Nama:
Email:
catatan:

form mail

Bercuti