Bekas anak murid bersama suami dan anak..
Salam persaudaraan...
Assalamualaikum..... 2020 kini kau telah datang jua walau apapun coretan lalu mewarnai kehidupan insan di dunia ini. Hampir 5 tahun insan tersayang meninggalkan aku di sini. Aku Pasrah walaupun rindu tetap menebal di lubuk hati ku. Keluargaku adalah segala-galanya. Buat isteri tersayang terima kasih kerana sentiasa memahami. Semoga 2020 akan tercoret garapan yang lebih bahagia buat kita sekeluarga. Insya Allah. Namun hidup mesti diteruskan..Buat anak-anakku, kalian semua juga pencetus semangat ku dikala ini....
Monday, January 25, 2016
Masjid Terapung Tanjung Bunga
Hari ini 25 Januari 2016, berjumpa dengan anak murid yang hampir 21 tahun lalu ketika aku mengajar di SK (F) Bukit Permai, Johor. Tak sangka juga, dia bersama suami dan seorang anak berusia 2 tahun. Dia bercuti di Pulau Pinang. So, dia call aku nak jumpa. Aku, anak-anak dan isteri berjumpa di TESCO Tanjung Bunga cuma beebrapa minit sebab aku terpaksa bergegas pulang untuk menghantar anak sulungku ke asrama. Sebelum tu, singgah solat zohor di masjid yang agak cantik dan menjadi tumpuan pelancong. Masjid Terapung Tanjung Bunga memang cantik. Dibina di tepi pantai dan berhampiran tempat nelayan mendarat. Memang menarik!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment