Salam persaudaraan...
Assalamualaikum..... 2020 kini kau telah datang jua walau apapun coretan lalu mewarnai kehidupan insan di dunia ini. Hampir 5 tahun insan tersayang meninggalkan aku di sini. Aku Pasrah walaupun rindu tetap menebal di lubuk hati ku. Keluargaku adalah segala-galanya. Buat isteri tersayang terima kasih kerana sentiasa memahami. Semoga 2020 akan tercoret garapan yang lebih bahagia buat kita sekeluarga. Insya Allah. Namun hidup mesti diteruskan..Buat anak-anakku, kalian semua juga pencetus semangat ku dikala ini....
Sunday, November 27, 2016
Abah mengerjakan umrah
Hampir 2 tahun ibu tersayang meninggalkan kami. Perasaan pilu masih terasa. Tak tahu bila akan pundar. Aku tahu perasaan pilu dan sedih lebih berat bagi abahku. Aku faham dan aku mengerti bagaimana kehilangan orang yang dikasihi. Teringat kata-kata ayah bahawa dia akan mendoakan kesejahteraan ibu di sana". Terima kasih ibu dan abah yang terlalu banyak jasa kepada kehidupan kami sekeluarga seketika dahulu. Ianya masih kekal terpahat di jiwa ini.Tak mungkin akan hilang hingga ke penghujung usia. Semoga abah dapat beribadat dengan tenang di sana. Sekalung harapan agar kehidupan abah lebih bahagia nanti. Insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment