Salam persaudaraan...
Assalamualaikum..... 2020 kini kau telah datang jua walau apapun coretan lalu mewarnai kehidupan insan di dunia ini. Hampir 5 tahun insan tersayang meninggalkan aku di sini. Aku Pasrah walaupun rindu tetap menebal di lubuk hati ku. Keluargaku adalah segala-galanya. Buat isteri tersayang terima kasih kerana sentiasa memahami. Semoga 2020 akan tercoret garapan yang lebih bahagia buat kita sekeluarga. Insya Allah. Namun hidup mesti diteruskan..Buat anak-anakku, kalian semua juga pencetus semangat ku dikala ini....
Sunday, November 27, 2016
Abah mengerjakan umrah
Hampir 2 tahun ibu tersayang meninggalkan kami. Perasaan pilu masih terasa. Tak tahu bila akan pundar. Aku tahu perasaan pilu dan sedih lebih berat bagi abahku. Aku faham dan aku mengerti bagaimana kehilangan orang yang dikasihi. Teringat kata-kata ayah bahawa dia akan mendoakan kesejahteraan ibu di sana". Terima kasih ibu dan abah yang terlalu banyak jasa kepada kehidupan kami sekeluarga seketika dahulu. Ianya masih kekal terpahat di jiwa ini.Tak mungkin akan hilang hingga ke penghujung usia. Semoga abah dapat beribadat dengan tenang di sana. Sekalung harapan agar kehidupan abah lebih bahagia nanti. Insya Allah.
Thursday, April 28, 2016
Wednesday, April 20, 2016
Wednesday, March 2, 2016
My wif'e's birthday
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat isteri tersayang. Semoga kehidupan kita diberkati Allah swt. Syukur alhamdulillah kerana 28 Februari 2016...dapat sambut bersama keluarga. Tambahan pula aku telah ditukarkan semula ke Pulau Pinang. Pada mulanya ke PPD Timur laut selama 3 hari sahaja kemudian terima surat penempatan ke JPN P.Pinang di Unit Pengurusan Maklumat/ICT. Syukuran.....
Terima kasih kepada isteri yang banyak memberi semangat dan sokongan selama hidup berjauhan. Semoga sambutan hari kelahirannya kali ini lebih bererti. Insya Allah. Semoga Allah memberi keberberkatan hidup kami sekelurga dan kesihatan yang baik.
Selamat Hari Lahir dan Terima Kasih Segala-galanya..........
Terima kasih kepada isteri yang banyak memberi semangat dan sokongan selama hidup berjauhan. Semoga sambutan hari kelahirannya kali ini lebih bererti. Insya Allah. Semoga Allah memberi keberberkatan hidup kami sekelurga dan kesihatan yang baik.
Selamat Hari Lahir dan Terima Kasih Segala-galanya..........
Monday, January 25, 2016
Masjid Terapung Tanjung Bunga
Hari ini 25 Januari 2016, berjumpa dengan anak murid yang hampir 21 tahun lalu ketika aku mengajar di SK (F) Bukit Permai, Johor. Tak sangka juga, dia bersama suami dan seorang anak berusia 2 tahun. Dia bercuti di Pulau Pinang. So, dia call aku nak jumpa. Aku, anak-anak dan isteri berjumpa di TESCO Tanjung Bunga cuma beebrapa minit sebab aku terpaksa bergegas pulang untuk menghantar anak sulungku ke asrama. Sebelum tu, singgah solat zohor di masjid yang agak cantik dan menjadi tumpuan pelancong. Masjid Terapung Tanjung Bunga memang cantik. Dibina di tepi pantai dan berhampiran tempat nelayan mendarat. Memang menarik!!
Bekas anak murid bersama suami dan anak..
Sunday, January 24, 2016
Tahniah Nur Irdina Aisyah
Tahniah Aisyah... berita gembira pada 22 Januri 2016. Berjaya mendapat 8A dalam UPKK. Tahniah Alhadulillah.. Syukur pada Allah kerana memberi kejayaan ini. Semoga hari ini menjadi titik tolak untuk Aisyah terus berjaya.. Terima kasih juga kepada kakak (Athirah), Husna, Qisya kerana sentiasa mendoakan kejayaan ini...
Tuesday, January 12, 2016
Qisya mula bersekolah
Qisya dah mula ke sekolah pada 4 Januari 2016 di Tadika KEMAS. Tempat yang paling mudah untuk urusan pergi dan balik. Minggu pertama Qisya nampak sungguh bersemangat.Tapi bila masuk minggu kedua macam ada masalah. Nangis pula tak hendak ke sekolah.Tak best katanya. Mungkin ada faktor lain (Ngatuk ke, tengok kawan nangis ke..atau rindu...ke)... gelagat yang pasti menjadi sejarah... Moga Nur Qisya Azzulfa akan menjadi insan yang terdidik.Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)